mcmc
Utama

[16 November 2024] Program Perkhidmatan Pintar NADI 2024

Tarikh: 16 November 2024 (Sabtu)

Masa: 7.30 Pagi – 5.00 Petang

Tempat: Dewan Mahligai Gading, Lundu

Tahniah kepada semua peserta yang menyertai PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR NADI 2024, terutamanya kepada mereka yang telah mengambil peluang untuk mempelajari kemahiran baru dan meningkatkan pengetahuan. Dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan, program ini bertujuan memperkasa komuniti setempat melalui pendidikan, teknologi, dan kemahiran praktikal.

Terdapat 5 agenda utama program ini, iaitu:

  1. Maxis eKelas Usahawan
    • Strategi Pemasaran Digital
    • Fotografi Digital & Reka Bentuk Digital
    • Penulisan Kreatif
    • Perancangan Kempen
  2. NADI-Safe & Shield
    • Taklimat kesedaran keselamatan digital
  3. NADI-Mahir
    • Pilihan 5 kursus kemahiran: Mahir Masak, Mahir Foto, Mahir Jahit, Mahir Baiki Gajet, dan Mahir Pertanian Pintar
  4. NADI-Care
    • Saringan kesihatan percuma kepada Ahli NADI
  5. Pendaftaran Keahlian NADI
    • Dengan hanya RM5.00 (keahlian sah seumur hidup), anda kini boleh menikmati pelbagai perkhidmatan dan aktiviti di NADI, serta menggunakan keahlian di seluruh NADI Malaysia!

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Ayuh, bersama kita maju memartabatkan komuniti dan menjadikan NADI sebagai platform perubahan yang positif!