Tarikh: 18 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa: 7.30 Pagi – 11.30 Pagi
Tempat: SK Selampit
Tahniah kepada para pelajar dan guru SK Selampit kerana telah menjadi AHLI NADI secara rasmi! Dengan penyertaan ini, mereka kini berpeluang menikmati pelbagai kemudahan serta menyertai aktiviti menarik yang ditawarkan oleh NADI.
Cyber Awareness : Safe & Shield SK Selampit bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai keselamatan digital serta cara penggunaan teknologi secara bijak dan selamat. Program ini turut melibatkan para ibu bapa yang hadir untuk mendapatkan maklumat mengenai keselamatan dalam talian dan penggunaan internet yang selamat.
Sepanjang taklimat, pelajar dan ibu bapa telah didedahkan kepada maklumat penting mengenai keselamatan dalam talian, termasuk cara melindungi identiti digital, mengenal pasti risiko siber, dan amalan penggunaan gajet yang selamat dan beretika. Sesi ini disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami, sesuai dengan tahap umur pelajar, bagi memastikan mereka lebih bersedia menghadapi cabaran dunia digital.



