Tarikh: 29 November 2024
Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat: SK Sebiris
Tahniah kepada para pelajar dan guru SK Sebiris kerana telah menjadi AHLI NADI secara rasmi! Dengan penyertaan ini, mereka kini berpeluang menikmati pelbagai kemudahan dan mengikuti aktiviti menarik yang ditawarkan oleh NADI.
Terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput kami untuk berkongsi maklumat mengenai keselamatan di atas talian dan penggunaan internet secara selamat. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai keselamatan digital serta cara penggunaan teknologi secara bijak dan beretika.
Sepanjang taklimat, pelajar telah didedahkan kepada pelbagai maklumat penting berkaitan keselamatan dalam talian, termasuk cara melindungi identiti digital, mengenal pasti risiko siber, dan amalan penggunaan gajet yang selamat dan beretika.


