Tarikh: 8 November 2024 (Jumaat)
Masa: 8.00 Pagi – 11.00 Tengah Hari
Tempat: SK Serayan/Keranji
Tahniah kepada para pelajar dan guru SK Serayan/Keranji kerana telah menjadi AHLI NADI secara rasmi! Dengan penyertaan ini, mereka kini berpeluang menikmati pelbagai kemudahan serta menyertai aktiviti menarik yang ditawarkan oleh NADI.
Cyber Awareness : Safe & Shield SK Serayan/Keranji bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai keselamatan digital serta cara penggunaan teknologi secara bijak dan beretika. Program ini juga melibatkan pihak sekolah yang telah menjemput kami untuk berkongsi maklumat mengenai keselamatan dalam talian dan penggunaan internet yang selamat.
Sepanjang taklimat, pelajar didedahkan kepada maklumat penting mengenai keselamatan dalam talian, termasuk cara melindungi identiti digital, mengenal pasti risiko siber, dan amalan penggunaan gajet yang selamat dan beretika. Program ini memberi mereka pengetahuan yang diperlukan untuk menggunakan teknologi secara lebih selamat dan bertanggungjawab.



