mcmc
Utama

[6 Disember 2024] Cyber Awareness : Safe & Shield SK Stunggang Temelan

Tarikh: 6 Disember 2024

Masa: 8.00 Pagi – 10.00 Pagi

Tempat: SK Stunggang Temelan

Tahniah kepada para pelajar dan guru SK Stunggang Temelan kerana berjaya menjadi sebahagian daripada komuniti NADI! Melalui penyertaan ini, mereka kini dapat menikmati pelbagai kemudahan serta menyertai aktiviti bermanfaat yang disediakan oleh NADI.

Terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama erat dalam menjayakan program ini. Tujuan utama program adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang keselamatan siber dan penggunaan teknologi secara bijak.

Dalam taklimat tersebut, pelajar telah diberi penerangan mengenai langkah-langkah melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti ancaman siber, dan amalan penggunaan internet yang beretika. Peserta juga telah didedahkan dengan keburukan terlalu lama di internet seperti risiko kesihatan mental dan ketagihan, serta cara penggunaan internet yang baik berteraskan elemen Safe & Shield.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk membentuk generasi digital yang berdaya saing dan bertanggungjawab.