mcmc
Utama

[14 Disember 2024] NADI Kampung Tanah Hitam Open Day x Klinik Kesihatan Sematan

Tarikh: 14 Disember 2024 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: NADI Kampung Tanah Hitam, Sematan

NADI Kampung Tanah Hitam Open Day berjaya dianjurkan dengan tujuan untuk memeriahkan komuniti serta menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti saringan kesihatan, E-Sukan, mini booth jualan, dan cabutan bertuah. Pelbagai kategori hadiah menarik turut disediakan, termasuk Cabutan Bertuah Mega!

Tahniah kepada semua yang hadir memeriahkan program ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Klinik Kesihatan Sematan atas kerjasama menjalankan saringan kesihatan, serta kepada JKKK Kampung Pekan Sematan, JKKK Tanah Hitam 1, dan JKKK Trusan Jaya atas sumbangan besar mereka bagi menjayakan acara ini.

Semoga segala aktiviti dan ilmu yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan komuniti.