mcmc
Laporan Aktiviti

E-SUKAN : KELAS KESEDARAN PODCAST EPISOD 5

Tarikh15 Mac 2025
Masa8.30 AM – 9.30 AM
Tempat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanah Hitam Sematan
Peserta 18 Peserta

Tujuan

Dalam episod kali ini, Podcast NADI Malaysia Segmen e-Sukan Episod 5, kami membincangkan kepentingan kesihatan dalam e-sukan bersama Dr. Zatul, Pengasas Esports MedicA. Topik menarik ini mengupas isu kesihatan fizikal, mental, dan psikologi yang sering dihadapi pemain e-sukan, serta langkah-langkah pencegahan dan penjagaan yang boleh diambil. Membincangkan tentang panduan berharga dan tip berkaitan kesihatan e-sukan yang boleh membantu komuniti pemain, ibu bapa, dan pendidik memahami kepentingan keseimbangan antara e-sukan dan kesihatan.

Aktiviti

Bagi mencapai objektif ini, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan, termasuk bengkel kesedaran keselamatan siber, sesi latihan untuk peserta tentang kaedah kawalan selamat, ceramah oleh pakar teknologi dan psikologi pemain e-sukan, serta pertandingan E-Sport yang dipantau bagi mempromosikan elemen positif seperti kerja berpasukan, disiplin, dan strategi. Program ini bukan sahaja memupuk minat dalam E-Sport secara sihat, malah memastikan mereka membangun dalam persekitaran digital yang selamat dan positif.