mcmc
Utama

NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI

Program Saringan Kesihatan Percuma anjuran NADI KAMPUNG TANAH HITAM SEMATAN dengan kerjasama inisiatif NADI X WELLBEING telah berjaya diadakan pada 1 OGOS 2025. Sepanjang program ini, komuniti setempat hadir untuk menjalani pemeriksaan kesihatan asas secara percuma sebagai langkah awal penjagaan kesihatan kendiri. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua komuniti yang hadir menjayakan program Saringan Kesihatan Percuma di NADI!

Program ini merupakan sebahagian daripada kempen REACH: Siri Jelajah Sarawak yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan kendiri.

Antara pemeriksaan yang ditawarkan secara percuma termasuklah :

– Pemeriksaan Tekanan Darah (BP)

– Paras Glukosa (Gula)

– Kolesterol

– Indeks Jisim Badan (BMI)

– Konsultasi bersama doktor bertauliah

NADI KAMPUNG TANAH HITAM SEMATAN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MRIC Healthcare atas kerjasama dan sokongan profesional yang diberikan dalam menjayakan program ini.