mcmc
Utama

BAAZAR RAYA @NADI 2026

Program Bazar Raya NADI 2026 telah berjaya dilaksanakan di seluruh NADI di Malaysia termasuk NADI Kampung Tanah Hitam Sematan pada 14 MAC 2026. Lebih meriah lagi dengan penglibatan komuniti setempat dan usahawan di NADI.

Pihak NADI Kampung Tanah Hitam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para usahawan tempatan yang membuka booth jualan sepanjang program berlangsung bagi memeriahkan suasana bazar raya dengan jualan aneka biskut raya, kek lapis Sarawak, baju-baju kurung termasuk tudung, beg tangan wanita mahupun lelaki, peralatan solek serta minyak urut dan sayur-sayuran serta makanan kering juga basah seperti ikan masin ,kimchi dan pelbagai lagi.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan bagi memeriahkan lagi suasana baazar raya di NADI. Antaranya ialah kelas Keusahawanan dan KidsVenture yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu kepada komuniti dalam bidang keusahawanan.

Bagi memeriahkan lagi hari tersebut, NADI Kampung Tanah Hitam mengadakan Pertandingan Mewarna , Musang Berjanggut terbuka dan Cabutan Bertuah ,(Tiada Had Umur) yang mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat serta merasai pengalaman aktiviti di NADI.

Lebih-lebih lagi, NADI turut menyediakan Photobooth bertemakan Raya Klasik dan sesi pengambaran secara percuma di hari Program Baazar Raya NADI sebagai kenangan. Dengan tulus ikhlas di Bulan Ramadan, petugas NADI turut memberi Bubur Lambok kepada komuniti yang hadir bagi memeriahkan program dan kepada penduduk kampung, dibantu oleh peserta-peserta program Baazar Raya NADI.

Dengan ini, Petugas NADI ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua komuniti dan usahawan yang telah menyempurnakan Program Bazar Raya NADI 2026 di NADI Kampung Tanah Hitam.