mcmc
Utama

PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGENDALIAN ALAT PEMADAM API

1-1

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Lundu yang terdiri daripada PEDi Kg Tanah Hitam, PEDi Kg Biawak, PEDi Kg Pandan, PEDi Lundu, PEDi Kg Sampadi, PEDi Kg Stungkor Baru dan PEDi Kg Pandan telah bekerjasama dalam menganjurkan Ceramah Keselamatan Kebakaran & Pengendalian Alat Pemadam Api yang berlangsung pada 17 September 2022. Seramai 10 orang petugas PEDi dan 8 orang pegawai bomba yang terlibat dalam menjayakan program.

Program dimulakan pada pukul 10.00 pagi dengan Ceramah Keselamatan Kebakaran yang disampaikan oleh Encik Henry, pegawai bomba. Program dilanjutkan dengan sesi demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang dijalankan di kawasan lapang sekitar PEDi Kg Pandan. Semua petugas PEDi juga diberi peluang untuk menggunakan alat pemadam api. Program tamat pada pukul 12.00 tengahari.

 

 

 Gambar Disini