mcmc
Laporan Aktiviti

CYBERSECURITY : SIM SWAB – ANCAMAN SIBER KEPADA USAHAWAN SLOT 1

Tarikh18 September 2025
Masa3.00 PM – 4.00 PM
Tempat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanah Hitam Sematan
Peserta 2 Peserta

Tujuan

Webinar ini adalah untuk mendidik usahawan tentang ancaman Sim Swap yang semakin berleluasa iaitu taktik penipuan siber yang digunakan untuk mengambil alih nombor telefon dan mengakses akaun penting. Melalui sesi ini, peserta akan didedahkan dengan demo serangan sebenar, belajar cara mencegah serangan, dan memahami kesan besar terhadap perniagaan jika keselamatan diabaikan. Peserta akan mempelajari cara mengenal pasti dan mencegah serangan ini bagi melindungi data serta perniagaan mereka.

Aktiviti

Penceramah menunjukkan demonstrasi langsung bagaimana serangan SIM Swap berlaku, dari taktik manipulasi kejuruteraan sosial hinggalah kepada pengambilalihan akaun. Penceramah turut berkongsi kesan sebenar serangan SIM Swap terhadap usahawan seperti kehilangan akses kepada platform jualan, kehilangan pelanggan, dan risiko kebocoran data sensitif. Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab interaktif, di mana peserta boleh bertanya soalan, berkongsi pengalaman, dan mendapatkan nasihat keselamatan siber secara terus daripada pakar.

Gambar Disini