Tarikh | 6 November 2024 |
Masa | 2.30 PM – 4.30 PM |
Tempat | Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanah Hitam Sematan |
Peserta | 3 Peserta |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan kuiz digital sebagai medium pembelajaran interaktif dalam subjek Bahasa Melayu, sekaligus meningkatkan pemahaman mereka melalui pendekatan yang menyeronokkan dan kompetitif.
Aktiviti
Peserta, terdiri daripada 3 orang pelajar, menyertai sesi pembelajaran melalui kuiz dalam talian menggunakan platform interaktif. Kuiz ini memfokuskan kepada subjek Bahasa Melayu dan bertujuan untuk mengasah kemahiran kognitif, meningkatkan pemahaman pelajar, serta membiasakan mereka dengan pembelajaran digital. Aktiviti ini juga menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran teknologi yang penting dalam kehidupan seharian.

