mcmc
Laporan Aktiviti

E-SUKAN : KELAS KESEDARAN NESDEG TERAS 4

Tarikh15 Mac 2025
Masa9.30 AM – 10.00 AM
Tempat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanah Hitam Sematan
Peserta 18 Peserta

Tujuan

Memberi informasi bahawa pentingnya pemantauan dan perlindungan kepada kanak-kanak adalah untuk memastikan penglibatan kanak-kanak dalam sukan elektronik berlaku dalam persekitaran yang selamat, terkawal, dan bermanfaat. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta dan komuniti tentang kepentingan pemantauan aktiviti permainan dalam talian, mengelakkan ketagihan permainan video, serta melindungi kanak-kanak daripada ancaman siber seperti buli dalam talian dan eksploitasi digital

Aktiviti

Bagi mencapai objektif ini, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan, termasuk bengkel kesedaran keselamatan siber, sesi latihan untuk peserta tentang kaedah kawalan selamat, ceramah oleh pakar teknologi dan psikologi kanak-kanak, serta pertandingan E-Sport yang dipantau bagi mempromosikan elemen positif seperti kerja berpasukan, disiplin, dan strategi. Selain itu, platform khas akan diperkenalkan untuk memudahkan ibu bapa dan pendidik memantau aktiviti permainan anak-anak secara efektif. Program ini bukan sahaja memupuk minat kanak-kanak dalam E-Sport secara sihat, malah memastikan mereka membangun dalam persekitaran digital yang selamat dan positif.