Tarikh | : 26 November 2017 |
Masa | : 08.00 am – 03.30 pm |
Tempat | : Pusat Internet Kg Tanah Hitam & Gelangang Sepak Takraw Kg Tanah Hitam |
Peserta | : 136 orang pelawat |
Tujuan
Program ini telah dilawati oleh 136 orang pelawat. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan antara para petugas PI dengan penduduk kampung. Selain itu, untuk memberi pendedahan kepada penduduk kampung bahawa Pusat Internet bukan kegunaan untuk pelajar sekolah sahaja, tapi untuk komuniti setempat tidak kira umur, dan juga memmberi pendedahan bahawa Pusat Internet bukan seperti ciber cafe yang selalu disebut-sebutkan.
Aktiviti
Program ini telah diadakan di PI Kg Tanah Hitam dan di gelangang Sepak Takraw Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pendaftaran dan pemberian tiket bertuah, jigsaw puzzle final, pendaftaran ahli secara percuma, bike show, musical chair, tiket bertuah, pingpong, carom, timbang raga, batu seremban, penyampaian hadiah, dan perasmian dan ucapan alu-aluan dari Setiausaha Belia Sematan, dan ucapan dari wakil Telekom Malaysia.