Program Karnival Hari Kanak-Kanak Sarawak 2025 akan diadakan pada:
5 hingga 7 Disember 2025
Kampung Sampadi, Lundu, Sarawak
Tema: “Hari ini, Suaraku”
Karnival ini merupakan platform penting bagi meraikan peranan dan suara kanak-kanak sebagai generasi pewaris masa depan. Program ini dirangka untuk menggalakkan keyakinan diri, interaksi sosial, pembelajaran menyeronokkan serta penglibatan aktif kanak-kanak bersama keluarga dan komuniti setempat. Beberapa badan kerajaan turut serta dalam menjayakan program ini termasuk NADI MADANI.
Sepanjang 3 hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung seperti di dalam tentatif.
Karnival ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, khususnya ibu bapa, pendidik, komuniti setempat serta golongan kanak-kanak. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha memperkukuh kesejahteraan kanak-kanak, memupuk nilai kasih sayang, dan membuka ruang bagi suara mereka didengar, dihargai dan diraikan.
Antara aktiviti yang melibatkan NADI MADANI ialah KidVenture, E-Kelas Usahawan, Pendaftaran MY DIGITAL ID, saringan kesihatan dan Kempen Internet Selamat.
TENTATIF PROGRAM:






















