Tarikh | : 27 Oktober 2017 |
Masa | : 09.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Tempat | : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam |
Peserta | : Ketua Kampung & AJK Kampung Tanah Hitam |
Tujuan
Mesyuarat ini diadakan adalah untuk melantik AJK PI sekali gus perbincangan untuk hari Bersama yang bakal diadakan 26 Novermber 2017. Perbincangan ini telah disertai oleh Ketua Kampung Tuan Haji Adenan Bin Karudin dan Ahli Jawatan Kuasa Kampung. Selain itu, mesyuarat ini bertujuan untuk meminta pendapat dan bantuan untuk membantu komuniti terutamanya di Kampung Tanah Hitam dengan adanya Pusat Internet Kg Tanah Hitam di daerah Sematan.
Aktiviti
Perbincangan ini diadakan di Bilik Latihan PI Kampung Tanah Hitam. Antara agenda mesyuarat adalah Pengenalan Pusat Internet Kg Tanah Hitam, Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa PI Kg Tanah Hitam, pengenalan aplikasi Dashboard Komuniti PI Kg Tanah Hitam, dan yang terakhir adalah perbincangan mengenai Hari Bersama Komuniti PI Kg Tanah Hitam pada 26 November 2017.