| Tarikh | : 22 Mei 2018 |
| Masa | : 02.00 petang – 04.00 petang |
| Tempat | : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam |
| Peserta | : 16 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini telah disertai oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membimbing para peserta untuk membuat pembentangan sekolah yang lebih menarik dan kreatif. Selain itu, tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih dan memberi pendedahan para peserta mengunakan microsoft powerpoint.
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di bilik latihan PI Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembetangan slide cara membuat slide microsoft powerpoint secara kreatif dan para peserta diarahkan untuk membuat dan mengikut yang telah dipelajari. Diakhir kelas, dijalankan kuiz kahoot bertujuan untuk menguji pengetahuan para peserta.