Tarikh | : 9 November 2017 |
Masa | : 02.00 petang- 04.30 petang |
Tempat | : Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam |
Peserta | : 13 orang peserta |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar yang berumur 10 tahun dan kebawah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai internet disamping itu mengajar para pelajar mencari maklumat berkaitan dengan subjek yang mereka belajar disekolah untuk mengulangkaji.
Aktiviti
Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PI Kg Tanah Hitam. Antara aktiviti yang diadakan adalah perbentangan slide dari Penolong Pengurus, setiap para pelajar disuruh untuk datang ke hadapan dan memberi contoh cara-cara mencari maklumat. Diakhir kelas, para pelajar diuji kefahaman dengan kuiz mengunakan Kahoot.