Tarikh: 28 – 29 Januari 2023
Tempat : Dewan Serbaguna, Kampung Biawak, Lundu
PEDi Kluster Lundu telah membuka kaunter Klik Dengan Bijak/PEDi bagi mempromosikan perkhidmatan PEDi serta amalan Klik Dengan Bijak dalam penggnaan internet seharian. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah KDB Wheel Spinner, Teka Berat Buah, Tikeh Bertuah untuk Hadiah Misteri, Games Santai serta pendaftaran ahli PEDi.
Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPS), Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pejabat Daerah Lundu.
