Tarikh | 20 Februari 2025 |
Masa | 9.00 AM – 1.20 PM |
Tempat | Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanah Hitam Sematan |
Peserta | Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu |
NADI Kluster Lundu telah dijemput untuk mengadakan ceramah kesedaran keselamatan dalam talian kepada pelajar sekolah. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang buli siber dalam dunia digital dan cara melindungi diri dari di buli . Masa kini terdapat pelbagai kes buli siber direodkan dalam dunia digital . Program ini turut memberi kesedaran kepada pelajar tentang penyalahgunaan siber serta keselamatan siber. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan penting tentang cara-cara melindungi diri di dunia siber yang semakin berkembang.
Ceramah yang berlangsung di SMK Lundu ini memberikan fokus kepada topik-topik penting seperti:
✅Kepentingan menjaga keselamatan maklumat peribadi di internet
✅Cara mengenali ancaman siber seperti penipuan dalam talian
✅Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menggunakan media sosial dan aplikasi dalam talian.
Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat kepada semua dalam menghadapi dunia digital dengan lebih selamat.