| Tarikh | 19 Jun 2025 |
| Masa | 8.30 AM – 10.30 AM |
| Tempat | Sekolah Kebangsaan Pasir Tengah |
Tujuan
Objektif modul ini adalah untuk :
- Meningkatkan kefahaman murid mengenai Internet secara umum dah pelbagai fungsi aplikasi Internet.
- Menjelaskan kepada murid mengenai had umur 13 Tahun penggunaan media sosial berdasarkan peraturan platform media sosial .
- Memberi kesedararan kepada murid tentang risiko dan ancaman dalam talian yang tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak bawah 13 Tahun disebabkan keupayaan mental yang masih belum bersedia.
- Membantu murid mengenalpasti aktiviti alternatif yang sesuai bagi golongan kanak-kanak sekolah rendah.
Aktiviti
Pelajar bermain permainan interaktif yang direka khas untuk memahami konsep fizik yang dikendalikan oleh petugas NADI iaitu :
– Penetapan Minda : Pecah Ruyung
-Terdapat Stesen Utama : Literasi Digital
– Stesen Had Umur Media Sosial
– Stesen Bahaya Media Sosial 2
– Stesen Alternatif Kepada Media Sosial
Antara aktiviti menarik ialah petugas NADI sebagai Fasilitator akan masing-masing membentuk kumpulan terbahagi kepada beberapa pelajar agar mudah untuk memberi penerangan dan mudah mendapat tumpuan penuh dari pelajar. Petugas akan menerangkan tentang keselamatan pengunaan internet dan cara tindakan yang perlu di ambil oleh pelajar sekiranya terdapat ancaman siber . Seterusnya aktiviti menarik atau lebih difahami adalah permainan MUSANG & IBU AYAM. Permainan seperti ini dapat membantu pelajar untuk memahami perbezaan Buli Siber, Maklumat Palsu, Pemangsa Kanak-kanak , Penipuan Sebagai MUSANG manakala IBU AYAM adalah tempat berlindung paling selamat.
Terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama erat dalam menjayakan program ini. Tujuan utama program adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang internet selamat. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk membentuk generasi digital yang berdaya saing dan bertanggungjawab.









