| Tarikh | 18 Oktober 2025 |
| Masa | 10.00 AM – 11.00 AM |
| Tempat | Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanah Hitam Sematan |
| Peserta | 2 Peserta |
Tujuan
Kelas ini memberi pendedahan tentang program Tiny Techies Robotik Sumo. Melalui sesi pembelajaran secara interaktif ini, peserta berpeluang memahami asas pengaturcaraan dan pembinaan robot. Aktiviti ini turut membantu membina keyakinan pelajar dalam meneroka bidang teknologi serta memupuk minat terhadap inovasi dan kemahiran digital. Justeru, peserta menonton rakaman Tiny Techies bagi rujukan semula.
Aktiviti
Peserta mengikuti sesi pembelajaran robotik secara dalam talian di NADI. Peserta turut meneroka Microbit Kits dan mengenalpasti peralatan yang disediakan.